Tuesday, November 9, 2010

Masuk Syurga Adalah Kerana Rahmat Allah Ta'ala

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2412]
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Tidak seorang pun di antara kamu, yang amalnya akan dapat menyelamatkannya." Tanya seorang lelaki, "Amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Ya, aku juga. Tetapi Allah melindungiku dengan rahmatNya. Kerana itu tambah giatlah kamu meluruskan amalmu."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2413]
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang pun amalnya dapat memasukkannya ke syurga." Lalu beliau ditanya orang, "Anda juga, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Aku juga tidak. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmatNya."

[Hadith Sahih Muslim Jilid 4, No.2414]
Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah s.w.t. belaka." 90)

90). Masuk syurga atau neraka adalah semata-mata wewenang Allah Ta'ala. Alam seluruhnya adalah dalam kuasa Allah, sekalipun Dia akan menyiksa orang-orang yang taat dan saleh atau sebaliknya Dia akan memasukkan orang jahat dan kafir ke syurga. Tetapi Allah s.w.t. tidak akan bertindak seperti itu. Dia mengampuni orang-orang yang mukmin dan memasukkannya ke syurga dengan rahmatNya. Sebaliknya Dia menyiksa orang-orang munafik dan memasukkannya ke neraka, kerana sifatNya Yang Maha Adil. Itulah mazhab Ahlus Sunnah (Syarah Nawawi, 5:683).

0 comments:

Post a Comment