Sunday, October 26, 2014

UJIAN-UJIAN ITU

Orang yang berharta diuji dengan kelalaian.
Orang yang miskin diuji dengan kesempitan.

Orang yang berkuasa diuji dengan amanah.
Orang yang lemah diuji dengan penindasan.

Orang yang penyayang diuji dengan kehilangan yang tersayang.
Orang yang pembenci diuji dengan kehidupan sepi.

Orang yang ada rupa diuji dengan pelbagai fitnah.
Orang yang hodoh diuji dengan perasaan iri.

Orang yang kuat nafsu diuji dengan halangan memuaskan nafsu.
Orang yang tiada nafsu (asexual) diuji dengan tuduhan pembohong.

And the list can go on and on.

Masing-masing ada kelebihan masing-masing yang Allah berikan; supaya dapat kita manfaatkan untuk mengumpul bekalan akhirat.

Dan masing-masing ada kekurangan masing-masing, yang sengaja Allah berikan; sebagai 'aset penginsaf' untuk kita kembali kepada-Nya.

Dan masing-masing pun ada ujian masing-masing, baik kecil besar kejap lama ringan berat significant insignificant.

Jadi usahlah sekali-kali kita berharap kita dapat menjadi seseorang yang lain, hanya kerana tidak tahan dengan ujian yang sedang dihadapi.

Dan usahlah juga kita perlekeh ujian orang lain, kerana belum tentu kita punya kekuatan yang diperlukan bagi menghadapi ujian seumpama mereka.

0 comments:

Post a Comment